Total Pageviews

Friday, 21 October 2011

MENARIK!! SAINS DAN ISLAM SALING BERKAIT~




Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut! Ni kes berebut anak lelaki le.. Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari Mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Diorang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari Mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari Mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari Mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari Mesir. Maka ulama dari Mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama Mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh! Ulama Mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama Mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut! Maka doktor Amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama Mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!

Penerokaan Bidang Astronomi




Oleh ZAMRI MISMAN

Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji secara saintifik sistem galaksi meliputi planet, bulan dan bintang. Perkataan “astronomi” berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “astro” yang bermaksud bintang dan “nomia” yang bermaksud undang-undang.

Semenjak Sebelum Masihi, ilmu astronomi berkembang luas di India, Mesir, China dan Babylonia. Kajian mengenai bintang di benua India ada tercatat dalam koleksi naskhah Rigveda. Sejarah menunjukkan bahawa ahli astronomi India banyak membuat penemuan baharu mengenai astronomi berbanding dengan ahli astronomi Barat.

Aryabhatta yang lahir pada 478 sangat terkenal dalam bidang astronomi sehingga diberikan gelaran sebagai “Bapa Astronomi India”. Nama Aryabhatta seterusnya diabadikan oleh Kerajaan India pada satelit pertama India yang dilancarkan ke orbit pada 19 April 1975.

Islam turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang astronomi. Ilmu astronomi atau dikenali sebagai ilmu falak, bukan hanya dipelajari dari perspektif keperluan ibadat (waktu solat, puasa dan haji), tetapi mencakupi pelbagai urusan seharian yang lain.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah, kepentingan ilmu falak setara dengan ilmu kedoktoran, iaitu pada kedudukan yang ketiga selepas ilmu tauhid dan fiqah. Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun, banyak balai cerapan astronomi dibina sehingga mereka berjaya menghasilkan satu jadual kedudukan bintang yang dikenali sebagai Daftar al-Makmun.

Pada zaman tersebut juga lahir beberapa orang tokoh ilmu falak Islam termasuk al-Battani yang bertanggungjawab memperkenalkan ilmu trigonometri sfera yang digunakan oleh ahli astronomi sehingga sekarang.

[Dewan Masyarakat November 2010]

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut



BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalaman ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science

p/s : berita diambil daripada facebook Planetarium Terengganu. Jom pakat sertai page Planetarium Terengganu dengan click di SINI.

10 Ciri Wanita Pilihan


“Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.”

Seramai-ramai wanita di muka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi Wanita Pilihan pada Pandangan Allah?

MENUTUP AURAT

Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.

MENJAGA AKHLAK

Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insya-Allah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

CARA BERCAKAP

Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

TAAT

Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

SUKA MENDENGAR

Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.

JAGA PANDANGAN MATA

Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang ke arah bahagian telinganya.

JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.

HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI

Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.

WANITA PUNYA HAK

Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.

PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.

Dengan kesepuluh-sepuluh ciri ini, insya-Allah kita sebagai wanita akan tetap menjadi wanita pilihan-Nya. InsyaAllah.

Lidah - senang ke nak menjaganya?




Tadi time balik office, terfikir sal  masalah yang melibatkan lidah ni.. Macam-macam masalah timbul apabila orang tak reti menjaga lidah.. Lidah satu jerk, nipis lak tu.. tapi susahnye nak jaga.. seolah-olah lebih susah dari mendaki Gunung Everest.

 "Hati dan lidah amatlah baiknya dan apabila keduanya buruk, maka amatlah pula buruknya."
 Mujurlah Allah beri kita sekeping lidah jerk.. kalau sepasang lidah, mak ai.. payah bebenor nak menjaganya. Ayat yg kat atas tu diambil dari blog Cikgu Rasyid, cam sesuai jer tuk digunakan dalam entry luahan kali ni.

Gara-gara tak pandai menjaga lidah, fitnah berlaku secara berleluasa, daripada kalangan orang2 biasa sehinggalah kepada kalangan orang2 luar biasa.. masing2 gagal untuk menjaga lidahnya.. Dimanakah kesilapannya? Adakah kekurangan ilmu? Ataupun kerana sikap ego yang dimiliki? Tepuk dada tanya diri sendiri.. Hanya kerana sekeping lidah yang nipis senipis lidah kucing, kita kehilangan kawan-kawan.. kerana lidah sekeping, kita terlupa kebaikan kawan.. Adakah lidah ni berkait dengan hati? ermmmm.. Terlalu berkait kerana sekeping hati penentu hala tuju sekeping lidah.. Tetapi kalau kerana hati, kenapa orang berilmu tinggi pun turut gagal menjaga lidah? ermm.. pelik jer bunyinyer kan? tyepuk dada tanya iman.. hihihi.. malas nak fikir.. wat kesimpulan sendiri..

Kita sukar sangat nak lari daripada bahaya lidah.. memang xleh elak.. kita elak mcmn pun, memang tetap menjadi mangsa tikaman lidah.. inilah lidah manusia, walaupun lembik, x bertulang.. namun.. bisa meluluhkan hati sesiapa sahaja yang menjadi mangsa tikamannya..  Apabila kita gagal menjaga lidah, maka fitnah akan berlaku secara berleluasa..


Apakah itu fitnah?

Fitnah merupakan tuduhan kepada orang lain di mana orang yang dituduh tidak melakukan perbuatan tersebut.


Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah saw bermaksud: 

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 

 Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah saw. bersabda bermaksud: 

“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
 Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

p/s : Berhati-hatilah memilih kawan.. kadang2 kita boleh kehilangan kawan gara2 sekeping lidah.. kita kehilangan nilai diri semata2 kerana lidah.. Walau bagaimana jauh sekalipun kita lari untuk mengelakkan dari difitnah, tetapi gara2 lidah.. ia tetap mengejar kita.. oleh sebab itu, berhati2lah dengan pemilik lidah.. :D

Posisi Tidur Yang Betul Menurut Islam & Sains

Assalamualaikum.
Tidur ialah keadaan rehat yang dialami oleh setiap manusia. Posisi tidur pula ada keadaan semasa kita tidur. Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu hendak tidur ditempat pembaringan kamu, hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis diatas jelas menerangkan bahawa kita diarahkan untuk tidur mengiring ke kanan. Terdapat beberapa posisi tidur yang lain iaitu :

Tidur Terlentang 
Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam.  Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)



Tidur menelentang

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah. Sepatutnya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Thursday, 20 October 2011

Pertama Kali Buat Blog

First skali aq nk cter nie, sblm nie aq xprnh pown trpkr nk wk blog sndri. tpi, ari nie aq mula trgrk hati nk buat 1 blog untuk diri sendiri... zAc_Arief..