Oleh ZAMRI MISMAN
Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji secara saintifik sistem galaksi meliputi planet, bulan dan bintang. Perkataan “astronomi” berasal daripada perkataan Yunani, iaitu “astro” yang bermaksud bintang dan “nomia” yang bermaksud undang-undang.
Semenjak Sebelum Masihi, ilmu astronomi berkembang luas di India, Mesir, China dan Babylonia. Kajian mengenai bintang di benua India ada tercatat dalam koleksi naskhah Rigveda. Sejarah menunjukkan bahawa ahli astronomi India banyak membuat penemuan baharu mengenai astronomi berbanding dengan ahli astronomi Barat.
Aryabhatta yang lahir pada 478 sangat terkenal dalam bidang astronomi sehingga diberikan gelaran sebagai “Bapa Astronomi India”. Nama Aryabhatta seterusnya diabadikan oleh Kerajaan India pada satelit pertama India yang dilancarkan ke orbit pada 19 April 1975.
Islam turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang astronomi. Ilmu astronomi atau dikenali sebagai ilmu falak, bukan hanya dipelajari dari perspektif keperluan ibadat (waktu solat, puasa dan haji), tetapi mencakupi pelbagai urusan seharian yang lain.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah, kepentingan ilmu falak setara dengan ilmu kedoktoran, iaitu pada kedudukan yang ketiga selepas ilmu tauhid dan fiqah. Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun, banyak balai cerapan astronomi dibina sehingga mereka berjaya menghasilkan satu jadual kedudukan bintang yang dikenali sebagai Daftar al-Makmun.
Pada zaman tersebut juga lahir beberapa orang tokoh ilmu falak Islam termasuk al-Battani yang bertanggungjawab memperkenalkan ilmu trigonometri sfera yang digunakan oleh ahli astronomi sehingga sekarang.
[Dewan Masyarakat November 2010]

No comments:
Post a Comment